IMAMS akur keputusan kerajaan

imams

Oleh Mohd Nasaruddin

KUALA LUMPUR: Integrated Manasik Monitoring System Sdn Bhd (IMAMS Sdn Bhd) akur dengan arahan kerajaan untuk menghentikan serta-merta perkhidmatan Sistem Pengurusan Maklumat Bersepadu (IMAMS), bermula Jumaat lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, IMAMS Sdn Bhd memberi jaminan untuk terus bekerjasama kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) serta pihak terbabit dalam memastikan transisi peralihan data serta sistem perjalanan umrah berjalan lancar lancar demi kepentingan jemaah.

"IMAMS adalah sistem terbaik bagi menangani isu penipuan di sepanjang nilai rantaian pengendalian umrah, selain memperkasa aktiviti pemantauan, penyiasatan serta penguatkuasaan pengendalian pakej umrah di pasaran secara lebih sistematik.

"Ia juga boleh membantu agensi pelancongan memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan kerana IMAMS adalah sistem bersepadu dan saluran yang berfungsi 24 jam.

"Antara lain, sistem ini berupaya menyelesaikan masalah penipuan secara khusus, sama ada dari segi urusan visa, jadual perjalanan ketika umrah, penginapan dan perlindungan insurans," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut, keberkesanan IMAMS terbukti menerusi beberapa sesi percubaan bersama pihak kedutaan dan pengendali pakej umrah di Malaysia.

Malah, katanya, IMAMS turut diperakui oleh kedutaan Arab Saudi di Malaysia sebagai yang terbaik di dunia buat masa ini.

Bottom Logo

Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd kini telah bersedia untuk membawa industri pelancongan ke peringkat yang lebih tinggi serta seimbang dengan skop perniagaan dan menjadi sebuah agensi pelancongan yang meningkat maju.
kami di Andalusia Travel mampu menguruskan urusan pelancongan untuk ribuan pelanggan setiap tahun. Kami memberikan perkhidmatan kepada individu, pihak korporat dan kerajaan.

Ikuti update kami secara "LIVE" di social media:.

Hubungi Kami

  • Ibu Pejabat Kuala Lumpur:

    25, 27, 29, Jalan Kampung Pandan & Jalan 1/76, Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  • Hotline:

    Ibu Pejabat : +603-9283 1588 / Faks +603-9283 7566

Waktu operasi

Ahad 9:00 am - 1:00 pm
Isnin-Jumaat 9:00 am - 6:00 pm
Sabtu 9:00 am - 1:00 pm
HOTLINE +603-92831588
E-mel umrah@andalusia2u.com
Langganan berita

timthumb