Tubuh Biro Pengurusan Kawal Selia Umrah - PPIM

nfL9f

Oleh Nadia HamidOleh Nadia
 

KUALA LUMPUR: Tabung Haji disyor menubuhkan Biro Pengurusan Kawal Selia Umrah, yang dikendalikan sepenuhnya agensi itu atau anak syarikatnya bagi menjamin hak pengguna daripada berterusan dianiaya syarikat pengendali umrah palsu.

Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhamad Yusof Azmi, turut mencadangkan Tabung Haji menyediakan satu bentuk sistem pangkalan data berintegrasi antara agensi untuk membolehkan syarikat pelancongan membuat semakan atau kemaskini maklumat jemaah masing-masing.

Katanya, kerajaan menerusi agensi tertentu, juga perlu melahirkan lebih ramai mutawif tempatan dan tidak hanya bergantung kepada khidmat mutawif luar, yang biasanya rakyat Indonesia.

"Tiga penambahbaikan itu jika dapat dilaksanakan dengan baik oleh kerajaan dan Tabung Haji, ia berupaya menyediakan satu mekanisme mengawal penipuan umrah dengan berkesan.

"Kami (PPIM) bersetuju Tabung Haji mengambil alih tugas memantau syarikat pengendali umrah di seluruh negara kerana ia institusi berpengalaman dan diiktiraf cemerlang menguruskan jemaah haji serta umrah profesional.

"Kalau Tabung Haji boleh ambil tanggungjawab ini, saya yakin syarikat yang selama ini menipu jemaah tidak akan berani lagi menipu pengguna," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau mengulas pembatalan pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS), semalam, iaitu sehari selepas dilancarkan.

Dengan pembatalan itu, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan mengkaji semula mekanisme pemantauan dan kawalan pengendalian pakej umrah bagi menggantikan IMAMS.

Mekanisme baharu yang akan menggantikan sistem itu antara lain mempertimbangkan pengecualian Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan urusannya tidak akan membabitkan orang bukan Islam, selaras Lesen Khas Umrah (LKU).

Peraturan LKU menetapkan hanya warga tempatan beragama Islam boleh mengendalikan pakej umrah.

Muhamad Yusof turut mengesyorkan hanya syarikat pelancongan dan pengendali umrah dimiliki orang Islam dibenar menawarkan perkhidmatan itu, selain menetapkan syarat wajib syarikat baharu didaftarkan dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Katanya, semua pihak perlu meletakkan kepentingan pengguna melebihi perkara lain dalam urusan itu kerana Islam adalah agama rasmi di negara ini.

"Analogi mudah, takkan urusan agama kita, nak suruh orang bukan Islam masuk campur dan tentukan keputusannya. Ini urusan kita, biarlah kita yang selesaikan," katanya

Bottom Logo

Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd kini telah bersedia untuk membawa industri pelancongan ke peringkat yang lebih tinggi serta seimbang dengan skop perniagaan dan menjadi sebuah agensi pelancongan yang meningkat maju.
kami di Andalusia Travel mampu menguruskan urusan pelancongan untuk ribuan pelanggan setiap tahun. Kami memberikan perkhidmatan kepada individu, pihak korporat dan kerajaan.

Ikuti update kami secara "LIVE" di social media:.

Hubungi Kami

  • Ibu Pejabat Kuala Lumpur:

    25, 27, 29, Jalan Kampung Pandan & Jalan 1/76, Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  • Hotline:

    Ibu Pejabat : +603-9283 1588 / Faks +603-9283 7566

Waktu operasi

Ahad 9:00 am - 1:00 pm
Isnin-Jumaat 9:00 am - 6:00 pm
Sabtu 9:00 am - 1:00 pm
HOTLINE +603-92831588
E-mel umrah@andalusia2u.com
Langganan berita

timthumb