IMAMS dibatalkan

IMAMS dibatalkan

PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan hari ini memutuskan untuk membatalkan pelaksanaan Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia (IMAMS).

Ketua Setiausahanya, Datuk Rashidi Hasbullah, berkata pembatalan dibuat berikutan maklum balas orang ramai dan pengendali pakej umrah berhubung sistem terbabit.

Beliau berkata, kementerian akan mengkaji semula mekanisme bagi memantau dan mengawal syarikat pelancongan serta pengendali umrah daripada menipu jemaah.

"Sistem IMAMS ini bagus tetapi aspek kos yang terbabit perlu diperhalusi kerana ia terlampau mahal.

"Kita tidak mahu rakyat terbeban," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Pelaksanaan IMAMS yang berperanan sebagai pemantau lesen khas umrah mendapat bantahan Pemuda UMNO hari ini.

Exco Pemuda, Nazir Hussin Akhtar Hussin, berkata pergerakan itu memahami keputusan kerajaan untuk mengatasi masalah penipuan umrah yang semakin berleluasa tetapi IMAMS bukan kaedah yang terbaik.

Katanya, Tabung Haji (TH) sepatutnya diberi tanggungjawab memantau semua pergerakan jemaah umrah dan haji, bukan syarikat swasta.

Mengenai langkah seterusnya, Rashidi berkata, kementerian akan mengadakan mesyuarat bersama pengendali pakej umrah dan pihak berkepentingan berhubung pelaksanaan sistem itu.

Bottom Logo

Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd kini telah bersedia untuk membawa industri pelancongan ke peringkat yang lebih tinggi serta seimbang dengan skop perniagaan dan menjadi sebuah agensi pelancongan yang meningkat maju.
kami di Andalusia Travel mampu menguruskan urusan pelancongan untuk ribuan pelanggan setiap tahun. Kami memberikan perkhidmatan kepada individu, pihak korporat dan kerajaan.

Ikuti update kami secara "LIVE" di social media:.

Hubungi Kami

  • Ibu Pejabat Kuala Lumpur:

    25, 27, 29, Jalan Kampung Pandan & Jalan 1/76, Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  • Hotline:

    Ibu Pejabat : +603-9283 1588 / Faks +603-9283 7566

Waktu operasi

Ahad 9:00 am - 1:00 pm
Isnin-Jumaat 9:00 am - 6:00 pm
Sabtu 9:00 am - 1:00 pm
HOTLINE +603-92831588
E-mel umrah@andalusia2u.com
Langganan berita

timthumb