Umrah: Kabinet perlu halusi cadangan pinda akta

screenshot assets.bharian.com.my 2017 12 20 15 46 13 840

Oleh Nik Sukry RamliOleh Nik Sukry
Ramliniksukry@bh.com.my

KUANTAN: Saranan Pemuda UMNO yang mahu Akta Tabung Haji 1995 dipinda bagi membolehkan Tabung Haji memantau urusan umrah di negara ini perlu diberi perhatian serius oleh Kabinet.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Datuk Seri Abdul Hamid Nazahar, berkata perkara itu wajar diperhalusi Kabinet dan merumuskan satu pendekatan yang baik bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

"Tujuan utama saranan berkenaan adalah untuk memperkukuhkan peranan Tabung Haji, apabila ia (Akta Tabung Haji 1995) dipinda, sudah pasti lebih mudah untuk memantau semua urusan umrah umat Islam di negara ini.

"Tabung Haji juga akan menjadi pusat setempat atau 'one stop centre' dan ini memudahkan orang ramai melakukan semakan pakej umrah yang bersesuaian untuk mereka.

"Paling utama, kita tidak mahu ada pihak atau syarikat mengambil kesempatan melakukan penipuan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan muka depan BH hari ini berhubung saranan Pemuda UMNO supaya akta berkenaan dipinda bagi membolehkan Tabung Haji memantau urusan umrah sama seperti ibadat haji.

Mengulas perkara ini, Abdul Hamid berkata, sebelum ini Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menguruskan umrah kerana ia membabitkan pengeluaran visa.

"Mungkin lebih baik proses mengeluarkan visa untuk umrah diserahkan kepada pihak yang ada kemahiran atau berpengalaman seperti Tabung Haji, lagi pun, visa untuk menunaikan umrah ini bukan seperti melancong ke tempat lain.

"Kita kena tengok juga benda macam ini kerana ibadat umrah membabitkan tempat suci umat Islam, jadi, lebih baik pengeluaran visa juga diuruskan oleh pihak yang sepatutnya," katanya.

Bottom Logo

Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd kini telah bersedia untuk membawa industri pelancongan ke peringkat yang lebih tinggi serta seimbang dengan skop perniagaan dan menjadi sebuah agensi pelancongan yang meningkat maju.
kami di Andalusia Travel mampu menguruskan urusan pelancongan untuk ribuan pelanggan setiap tahun. Kami memberikan perkhidmatan kepada individu, pihak korporat dan kerajaan.

Ikuti update kami secara "LIVE" di social media:.

Hubungi Kami

  • Ibu Pejabat Kuala Lumpur:

    25, 27, 29, Jalan Kampung Pandan & Jalan 1/76, Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  • Hotline:

    Ibu Pejabat : +603-9283 1588 / Faks +603-9283 7566

Waktu operasi

Ahad 9:00 am - 1:00 pm
Isnin-Jumaat 9:00 am - 6:00 pm
Sabtu 9:00 am - 1:00 pm
HOTLINE +603-92831588
E-mel umrah@andalusia2u.com
Langganan berita

timthumb