Maklumat Am Cruise

DETIK PELAYARAN

DETIK PELAYARAN SUDAH TAMAT

BARISAN PENDAKWAH BERSAMA KAMI

KENALI PERSONALITI DAKWAH

  Ustaz Syamsul Debat
Ustaz Syamsul DebatPakar Motivasi Terkenal

Saudara Syamsul Amri bin Ismail dilahirkan pada 3 Ogos 1977, di Kg Ayer Dedali, Jempol Negeri Sembilan ialah seorang lulusan Perundangan Sivil & Syariah UITM. 

Beliau seorang yang sangat aktif dalam persatuan-persatuan pelajar sewaktu menuntut di UITM, antaranya pernah menyandang jawatan Presiden Kelab Usahawan (MEDEC UITM), Exco jawatanKuasa Perwakilan KOMSIS UITM, Presiden Kelab Debat & Pidato UITM Shah Alam dan juga Naib Presiden Persatuan Wawasan UITM Shah Alam.

Ustaz Sheikh Imran Angullia
Ustaz Sheikh Imran AngulliaPersonality Dakwah Malaysia & Singapura

Sheikh Imran Angullia Al hafiz dari Singapura terlibat dengan pelbagai program dakwah di luar negara termasuk di Malaysia. Beliau menghadiri pembelajaran bersama Al Habib Umar bin Hafidz dan Sheikh Umar Al Khatib meliputi Hadith, Tafsir & Nahu. Pengkhususan pembersihan jiwa dan perundangan.

Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki
Ustazah Isfadiah Mohd DasukiPersonaliti Dakwah Terkemuka TV Al Hijrah

Graduan sarjana muda IRKHS UIAM dan Sarjana Psikologi UKM, pengamal bertauliah NLP, personaliti dakwah TV dan Felo dakwah YADIM dan Pengarah Akademi Keluarga Fitrah, Pakar dalam motivasi pembangunan diri, kekeluargaan, keibubapaan dan pembangunan anak – anak.

Dato Ustaz Daud Che Ngah
Dato Ustaz Daud Che NgahPengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd

Dato Hj Md Daud Che Ngah telah dilahirkan di kampung Tanjung Kupang, Baling, Kedah. Mendapat pendidikan tertinggi di Kolej Islam malaya, petaling Jaya dalam bidang Usuluddin dan Ekonomi Islam di Universiti Islam Antarabangsa (kursus jangka pendek). Dato Daud telah dianugerahkan Pingat Pengakuan Negara (PPN), Bintang Cemerlang Kedah (BCK) dan Tokoh Pimpinan Islam sempena Maal Hijrah Wilayah Persekutuan 1992 dan DPSK sebagai anugerah kehormat dalam bulan Ogos 2004.

Berpengalaman luas dalam pengurusan Haji (kursus haji dan umrah) serta pengendalian jemaah haji di Makkah hampir selama 30 tahun ketika bersama Lembaga Tabung Haji dan aktif memberi ceramah dan kuliah-kuliah agama di seluruh Malaysia, Singapura, Brunei dan kedutaan Malaysia di United Kingdom. Juga merupakan ahli muzakarah ibadat haji peringkat kebangsaan.

Ustaz Muhidin Mokter
Ustaz Muhidin MokterPengarah Fitrah Guidance & Consultancy

Graduan Sarjana muda Syariah Al-Azhar dan Sarjana Syariah UKM. Panel ‘’Tanyalah Ustaz’’ di TV9 dan klinik D’Hijrah tv al-Hijrah, Pengarah Fitrah Guidance & Consultancy Pakar Motivasi Pembangunan Insan, konsultasi Muamalah Islam dan Pengurusan Harta Pusaka.​

Ustaz Haji Lukmanul Hakim
Ustaz Haji Lukmanul HakimPensyarah USIM Merangkap Pengerusi Eksekutif Fa Izin Travel

Merupakan seorang pensyarah di USIM serta salah seorang ahli Lembaga Pengarah Fa Izin Travel dan mempunyai kepakaran mendalam dalam pengurusan haji.

Bottom Logo

Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd kini telah bersedia untuk membawa industri pelancongan ke peringkat yang lebih tinggi serta seimbang dengan skop perniagaan dan menjadi sebuah agensi pelancongan yang meningkat maju.
kami di Andalusia Travel mampu menguruskan urusan pelancongan untuk ribuan pelanggan setiap tahun. Kami memberikan perkhidmatan kepada individu, pihak korporat dan kerajaan.

Ikuti update kami secara "LIVE" di social media:.

Hubungi Kami

  • Ibu Pejabat Kuala Lumpur:

    25, 27, 29, Jalan Kampung Pandan & Jalan 1/76, Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  • Hotline:

    Ibu Pejabat : +603-9283 1588 / Faks +603-9283 7566

Waktu operasi

Ahad 9:00 am - 1:00 pm
Isnin-Jumaat 9:00 am - 6:00 pm
Sabtu 9:00 am - 1:00 pm
HOTLINE +603-92831588
E-mel umrah@andalusia2u.com
Langganan berita

timthumb