MH Chartered

250 – 350 meter dari Masjidil Haram

Keterangan Pakej

HARGA DARI RM 5,990 


Itinerary :-

Maklumat Am

MAKLUMAT AM SYARAT - SYARAT PENDAFTARAN PAKEJ UMRAH

 PENEMPAHAN PAKEJ
1- Pilih pakej dan tarikh penerbanganPilih pakej dan tarikh penerbanganserta buat bayaran pendahuluan sejumlah RM300 seorang.
2- Baki bayaran penuh hendaklah Baki bayaran penuh hendaklah dijelaskan 45 hari sebelum tarikh penerbangan.
3- Bayaran terus kepada : Andalusia Travel & Tours Sdn.Bhd  No. Akaun : 5644 - 8110 - 2597
 
Kanak-kanak berumur 2 - 12 tahun dikenakan bayaran 80% daripada harga pakej dewasa kecuali bagi pakej- pakej seperti berikut :
1- Kanak-kanak berumur 2 - 12 tahun dikenakan bayaran 80% daripada harga pakej dewasa kecuali bagi pakej- pakej seperti berikut :
 
  1. Semua pakej SV dan MH Sewa Khas ( Chartered Flight )
  2. Semua pakej SV, D7 (AirAsiaX) dan MH bagi Cuti Sekolah.
  3. Semua pakej RJ.
  4. Semua pakej D7 (AirAsiaX) hanya diskaun RM500/kanak-kanak diberi.
  5. Semua pakej Makkah Millenium Tower ( dahulu dikenali Makkah Hilton Towers ) & Hilton Suites dimana hanya diskaun RM 500/kanak-kanak diberi.
 2 Kanak-kanak berumur dibawah 2 tahun hanya dikenakan cukai insurans dan visa (lebih kurang RM1,500)
 
 Perubahan harga pakej mengikut pertukaran matawang asing:
  Harga semua pakej didalam brosur ini adalah mengikut nilai matawang MYR semasa. Oleh kerana kadar nilai matawang MYR berubah berbanding USD dan dan Saudi Riyal (SAR) atau lain-lain matawang berkaitan, harga pakej Andalusia boleh berubah mengikut kadar nilaian MYR semasa berbanding nilaian matawang asing tersebut Andalusia berhak mengubah mana-mana harga pakej setelah memberi notis tidak kurang dari 7 hari sebelum tarikh penerbangan.
   
  NOTA PENTING
 
  1. Bagi jemaah umrah wanita sebelum berniat menunaikan umrah sila kemukakan masalah mereka kepada guru agama / pembimbing untuk kelancaran umrah.
  2. Sebelum meninggalkan Makkah sila periksa dahulu sama ada mereka wajib membayar dam atau tidak di atas kesilapan ketika menunaikan umrah.
  3. Dinasihatkan jemaah membawa sepersalinan pakaian di dalam hand luggage.
  WAKTU MAKAN
  Sarapan pagi selepas subuh.Makan tengahari selepas ZohorMakan petang selepas Asar (di Makkah sahaja)Makan malam selepas Isya’Minum panas/sejuk/roti 24 jam (di Makkah sahaja)Makluman : Ini adalah aturcara am, semua jemaah akan melalui aturcara yang tidak jauh berbeza kecuali tempat mendarat (Jeddah atau Madinah), masa dan jumlah hari.
 

Maklumat Pakej
  • Penerbangan Malaysia Airlines
  • Kategori Umrah Penerbangan Terus
  • Harga Dari RM 5,990.00
  • Bil. Hari Dari 13H/11M
  • Termasuk:
     PAKEJ TERMASUK
    1- Tiket penerbangan kelas ekonomi, cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api.
    2- Permohonan visa umrah tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Arab Saudi, tetapi tidak termasuk proses mengendors dokumentasi permohonan di jabatan pendaftaran dokumen dan Kementerian Luar Wisma Putra.
    3- Penginapan, makan dan minum seperti yang dinyatakan di dalam surat pengesahan aturcara terakhir.
    4- Segala lawatan di dalam surat pengesahan aturcara (kecuali ziarah pilihan)
    5- Umrah 3 kali bersama mutawwif.
    6- Beg pakaian besar & kecil, beg sandang, beg hamper & buku panduan umrah (tidak boleh dikembalikan )
    7- Pelan takaful bagi kematian dan kemalangan berkelompok.
    8- Tertakluk kepada pihak berkuasa Arab Saudi, setiap jemaah (kecuali bayi) akan menerima 5 liter air zam-zam secara percuma. Walau bagaimana pun Andalusia tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk mengganti sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan air zam-zam di atas apa-apa alasan sepanjang perjalanan dari Tanah Suci ke Malaysia.
       
    PAKEJ UMRAH TIDAK TERMASUK
    1- Perkhidmatan tambahan di lapangan terbang (porter) dan di hotel.
    2- Penggantian bagasi/barangan peribadi yang hilang dimana-mana lokasi sepanjang perjalanan dan lebihan timbangan bagasi.     ** Untuk keterangan lanjut mengenai elaun bagasi 
    3- Sebarang perubahan kadar matawang asing dan kenaikan harga tiket penerbangan, cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api.
    4- Tambahan caj visa bagi jemaah bukan warganegara Malaysia.
    5- Makan minum semasa transit melainkan dinyatakan.
    6- Bagi Pakej Umrah Ziarah Amman, tidak termasuk caj transit visa Amman (tertakluk kepada arahan pihak berkuasa Jordan).
  • Cenderamata
    1 Beg besar beroda, beg sedang (hand carry) dan beg silang kecil
    2 Kain ihram / telekung
    3 Uncang kasut
    4 Air zam-zam (5 liter)
    5 Kursus & buku panduan umrah
Keselesaan Anda, Matlamat Utama kami
Kami menyediakan pelbagai pakej agar ia sesuai dengan kemampuan dan kehendak anda!