Tentang andalusia

AHLAN WA SAHLAN

Andalusia Travel menawarkan Pakej Umrah serta Umrah Ziarah, Pakej Pelancongan Dalam dan Luar Negara, Upah Haji dan Umrah, Korban dan Akikah di Mekah dengan harga yang BERPATUTAN serta MAMPU MILIK yang sesuai dengan KEHENDAK dan KEPERLUAN pelanggan.

Pengurusan Terbaik

Menguruskan permintaan agar ianya sesuai untuk mana-mana perjalanan anda.

Menuju Maju

Sentiasa mengemaskini produk dan servis pelancongan agar ianya menarik dan diterima.

Mudah Akses

Pelanggan dengan mudah mendapatkan maklumat secara online.

Khidmat Pelanggan

Talian mesra kami yang bersedia pada bila-bila masa demi melayani anda.

LEMBAGA PENGARAH

Lorem ipsum scelerisque molestie id molestie magna

Dato Hj Md Daud Che Ngah
Dato Hj Md Daud Che NgahPengerusi Eksekutif

Dato Hj Md Daud Che Ngah telah dilahirkan di Kampung Tanjung Kupang, Baling, Kedah. Mendapat pendidikan tertinggi di Kolej Islam Malaya, Petaling Jaya dalam bidang Usuluddin dan Ekonomi Islam di Universiti Islam Antarabangsa (kursus jangka pendek). Dato Daud telah dianugerahkan Pingat Pengakuan Negara (PPN), Bintang Cemerlang Kedah (BCK) dan Tokoh Pimpinan Islam sempena Maal Hijrah Wilayah Persekutuan 1992 dan DPSK sebagai anugerah kehormat dalam bulan Ogos 2004. Berpengalaman luas dalam pengurusan Haji (kursus haji dan umrah) serta pengendalian jemaah haji di Makkah hampir selama 30 tahun ketika bersama Lembaga Tabung Haji dan aktif memberi ceramah dan kuliah-kuliah agama di seluruh Malaysia, Singapura, Brunei dan kedutaan Malaysia di United Kingdom. Juga merupakan ahli muzakarah ibadat haji peringkat kebangsaan. Menjadi perawi kisah-kisah nabi di Radio 1 (RTM) selama 10 tahun (1990 – 2000), Radio IKIM mengenai cerita jemaah haji setiap musim dan ahli Forum Perdana serta penceramah undangan di media elektronik (TV1, TV2 & TV3) serta penulis di bahagian Gema Islam di akhbar Berita Minggu, Utusan Malaysia, kisah – kisah jemaah haji di Mingguan Wanita dan menulis beberapa buah buku yang berkaitan ibadat haji dan umrah. Kini bertugas sebagai Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd di samping sebagai tenaga pengajar kursus haji umrah dan penceramah bebas. Dato Daud juga adalah pengasas dan Pengarah Urusan kepada syarikat pembekal barangan umrah dan haji, Bin Daud Sdn Bhd.

Hj Ibrahim Bin Mat Sin
Hj Ibrahim Bin Mat SinPengarah Urusan

Hj Ibrahim bin Mat Sin adalah anak kelahiran Kampung Padang Kala, Melor, Kota Bahru Kelantan. Pendidikan tertinggi beliau ialah BA (Hons) di Universiti Malaya pada tahun 1982. Selepas menamatkan pelajaran pada tahun 1982, karier beliau sebagai pegawai kerajaan bermula semasa dilantik sebagai Penolong Pengarah di Kementerian Perdagangan Kuala Lumpur. Setelah beberapa tahun berkhidmat di Kementerian Perdagangan, beliau bertukar sebagai Penolong Pegawai Daerah (ADO) di Pekan, Pahang. Berikutnya, beliau ditempatkan pula di beberapa jawatan di Pejabat Tanah & Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehingga tahun 2004. Sepanjang perkhidmatan beliau dalam perkhidmatan Kerajaan sebagai Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD), beliau mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang pengurusan organisasi. Pada usia 45 tahun iaitu pada tahun 2004 beliau bersara pilihan daripada perkhidmatan awam. Beliau bersama-sama Dato Hj. Daud Che Ngah dan Hjh Ida Riswana Idris mengorak selangkah lagi dengan mengurus syarikat Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd secara sepenuh masa. Sejak dari awal-awal lagi, Hj Ibrahim memainkan peranan penting dalam pembangunan dan pengurusan hal-ehwal syarikat dengan membawa kepakaran pengurusannya melalui pengalaman semasa bertugas di jabatan kerajaan. Hj Ibrahim mempunyai hala tuju yang jauh kehadapan untuk Andalusia iaitu misi untuk mencapai sasaran 70,000 orang jemaah umrah setahun berlandaskan dengan “harga mampu” selaras dengan moto yang dibawa olehnya `Sekeluarga Mampu ke Tanah Suci’. Bagi musim 1438H, alhamdulillah jualan Andalusia telah mencecah melebihi 57,000 orang jemaah dan insya Allah, Hj Ibrahim akan terus berusaha untuk merealisasikan hasrat Andalusia bagi mencapai 70,000 orang dhuyufur- Rahman. Kejayaan ini adalah disokong oleh barisan staf seramai 200 orang di peringkat pengurusan, 250 orang mutawwif dan 50 orang pegawai Makkah dan Madinah buat masa ini. Selain itu Pengurus Negeri dan ejen-ejen juga memainkan peranan penting di dalam kejayaan ini. Hj Ibrahim juga adalah Pengarah/ Penasihat kepada syarikat-syarikat Fa’Izin International Travel & Tours Sdn Bhd, Maqbul Travel & Tours Sdn Bhd, Andalusia Holidays, Andalusia Ticketing, Mahabbaten Travel & Tours Sdn Bhd dan Andalusia Catering Services Makkah, syarikat yang menghidangkan sajian makanan kepada jemaah Andalusia di Makkah.

Bottom Logo

Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd kini telah bersedia untuk membawa industri pelancongan ke peringkat yang lebih tinggi serta seimbang dengan skop perniagaan dan menjadi sebuah agensi pelancongan yang meningkat maju.
kami di Andalusia Travel mampu menguruskan urusan pelancongan untuk ribuan pelanggan setiap tahun. Kami memberikan perkhidmatan kepada individu, pihak korporat dan kerajaan.

Ikuti update kami secara "LIVE" di social media:.

Hubungi Kami

  • Ibu Pejabat Kuala Lumpur:

    25, 27, 29, Jalan Kampung Pandan & Jalan 1/76, Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  • Hotline:

    Ibu Pejabat : +603-9283 1588 / Faks +603-9283 7566

Waktu operasi

Ahad 9:00 am - 1:00 pm
Isnin-Jumaat 9:00 am - 6:00 pm
Sabtu 9:00 am - 1:00 pm
HOTLINE +603-92831588
E-mel umrah@andalusia2u.com
Langganan berita

timthumb