PENDAFTARAN UMRAH ONLINE 2017

PENDAFTARAN HOLIDAYS 2017


NAMA PEMOHON:*
NO. TELEFON:*
-
E-mail:*
LOKASI PERCUTIAN:
TARIKH PERGI/TARIKH BALIK:*
PENERBANGAN:*

TATACARA PENGURUSAN JEMAAH SAKIT & DIALISIS DAN PENGURUSAN JEMAAH MENINGGAL

TATACARA PENGURUSAN JEMAAH SAKIT KE HOSPITAL DAN PENGURUSAN JEMAAH DIALISIS

 

1. Di Makkah atau Madinah,jemaah hendaklah membuat aduan bagi sakit kronik dan keuzuran berat ke pejabat Andalusia di hotel atau kepada  mutawwif. Sekiranya hanya sakit biasa dan ringan, jemaah boleh membeli ubat di farmasi berdekatan hotel  di Makkah atau Madinah.

 

2. Bagi jemaah yang memerlukan rawatan dialisis,jemaah mesti memaklumkan kepada pihak syarikat semasa membuat pendaftaran di tanah air dan hendaklah menyediakan rekod kesihatan atau rekod dialisis untuk dibawa bersama semasa umrah dan satu salinan kepada syarikat untuk rujukan. Rekod dialisis yang diperlukan ialah surat pengesahan doktor, laporan hermatology dan hemodylasis berserta serology data.

 

3. Syarikat akan berusaha membuat tempahan rawatan dialisis di hospital Madinah atau Makkah setelah mendapat maklumat dari jemaah. Rawatan di hospital awam adalah percuma. Walau bagaimanapun, syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya pihak hospital enggan atau gagal untuk memberi rawatan kepada jemaah pada masa ditetapkan.

 

4. Hanya setelah menerima aduan dari pihak petugas/mutawwif membawa jemaah ke hospital berdekatan. Jemaah perlu membawa rekod kesihatan sekiranya ada,passport dan tag nama dan hendaklah membawa seorang ahli keluarga atau jemaah lain bagi menemani jemaah sepanjang rawatan.

 

5. Pada musim sibuk, hospital awam di Madinah atau Makkah tidak menerima sebarang tempahan untuk dialisis. Pesakit perlu terus ke hospital dan menunggu giliran bagi mendapatkan rawatan. Jika perlu menunggu, jemaah terpaksa menunggu giliran pada hari itu juga atau datang lagi keesokkan harinya.

 

6. Tambang teksi,kos perubatan dan lain-lain perbelanjaan berkaitan rawatan jemaah adalah di bawah tanggugan jemaah sendiri.

 

(Jemaah adalah dinasihatkan bahawa keadaan dan prosedur hospital di Makkah dan Madinah sangat berbeza dengan prosedur hospital di Malaysia. Tiada jaminan tentang kelancaran dan keselesaan seperti di hospital tanah air kerana prosedur berlainan dan kesesakan pada musim-musim tertentu.)

 

TATACARA PENGURUSAN JENAZAH

 

MAKKAH

 

1. Untuk kes kematian, pegawai Andalusia di Madinah dan Mekah akan memaklumkan maklumat kematian arwah (nama,penerbangan,waktu meninggal dll) kepada pengurusan Andalusia Kuala Lumpur supaya dimaklumkan kepada keluarga/waris arwah di Malaysia.

2. Sekiranya ada kelapangan, mutawwif kumpulan berkenaan akan menziarahi waris atau jenazah arwah serta membantu semasa solat jenazah dan pengebumian.

3. Pegawai Andalusia akan memaklumkan tentang kematian jemaah kepada pihak muassasah,Al Husam Co. dimana pegawai Al Husam Co. akan mengiringi petugas Andalusia/mutawwif untuk mendapatkan surat makluman kematian (Tabligh Wafah) dari pihak hospital.

4. Tabligh Wafah hanya boleh dikeluarkan selepas 2 hingga 4 jam selepas pesakit disahkan meninggal dunia di hospital. Bagi kes kematian di luar hospital, proses yang lebih panjang dan lama diperlukan kerana perlu mendapatkan surat pengesahan polis terlebih dahulu sebelum Tabligh Wafah boleh dikeluarkan.

5. Sekiranya selepas tempoh 2-4jam pesakit/jemaah disahkan meninggal dunia dan belum dituntut, pihak polis akan menghantar ke bilik mayat ( tallajah) dan jenazah akan disimpan disana sehingga proses selanjutnya selesai. Tabligh Wafah boleh diambil dari pejabat bilik mayat tersebut.

6. Jika segala proses diatas berjalan lancar dan dokumen yang diperlukan cukup dan legkap dalam tempoh luar waktu pejabat, maka perlu tunggu sehingga keesokkan harinya kerana proses selanjutnya di Konsulat Malaysia, Jeddah hanya boleh dilakukan hanya waktu pejabat. Waktu pejabat Konsulat Malaysia di Jeddah ialah jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang. Cuti pada hari Jumaat dan Sabtu. Alamat Konsulat Malaysia adalah seperti berikut:-

Consulate General of Malaysia

Lot No.241, Al Mualiffin Street

Al Rehab District,P.O Box 241

Jeddah 21421,Kingdom of Saudi Arabia

 

7. Untuk mendapatkan surat Izin Pengebumian dari Konsulat Malaysia, waris akan ditemani oleh petugas dan mutawwif ke Konsulat Jeddah pada awal waktu jam 8.00 pagi bertolak dari Makkah supaya boleh tiba di Makkah semula sebelum Zohor. Dokumen mesti dibawa ke Konsulat Jeddah ialah:-

   i. Surat Tabligh Wafah dari hospital

  ii. Surat makluman dari Muassasah Al Hussam Co.

  iii. Pasport asal arwah

  iv. Pasport asal waris

  v. Surat pengesahan izin kebumi oleh waris yang akan di isikan oleh pegawai Andalusia di Makkah / Madinah.

 vi. Surat polis masjid (jika ada jemaah meninggal di Masjidil Haram)

 

8. Setelah mendapat Surat Izin Pengebumian dari Konsulat Malaysia, pulang ke Makkah atau ke hospital untuk tuntutan jenazah. Pihak Al Hussam Co. mesti ada bersama.

9. Setelah jenazah dituntut di hospital, pihak hospital dengan van jenazah diiring oleh petugas/mutawwif dan waris akan ke tempat pemandian jenazah (Maghsalah), sama ada di maghsalah  At-Tauhid atau Maghsalah Al-Muhajirin. Di sana akan ambil masa 1-2jam urusan memandikan jenazah dan mengkafankan jenazah, Jenazah akan dihantar ke Masjidil Haram 15-30 minit dengan van jenazah bersama  iringan  petugas/mutawwif dan waris bersama.

10.Selesai pemandian jenazah, petugas/mutawwif perlu mencatatkan nombor katil/usungan dan nombor van jenazah untuk dimaklumkan kepada pengurus/pegawai untuk bantuan seterusnya.

11. Jenazah dibawa ke Masjidil Haram untuk di solat jenazah,(mutawif) akan bersedia menunggu di kawasan turun jenazah yang terletak di antara jambatan ke tingkat 2 Pintu Safa dan Hotel Safwa Tower , Jalan Ajyad. Mesti tunggu 1-30minit sebelum masuk waktu solat/azan.

12. Setibanya van jenazah yang dimaklumkan, jenazah jemaah akan disambut dan diusung bersama-sama  ke dalam Masjidil Haram melalui pintu Babul Ismail (Pintu Nombor 10).

13. Selesai solat jenazah, jenazah akan diusung ke dalam van untuk dibawa ke Perkuburan al- Sharoya. Utamakan waris untuk bersama dalam van. Perjalanan akan mengambil masa 30-40 minit.

14. Selesai proses pengebumian di Perkuburan al- Sharoya, petugas/mutawwif mesti mencatat nombor kubur. Kemudian, semua akan pulang dengan van yang sama dan turun di Masjidil Haram.

15. Proses seterusnya adalah mendapatkan Sijil Kematian  (Shahadah Wafah) melalui Muasasah Al Hussam Co.Biasanya sijil Kematian akan diperolehi selepas tempoh masa 14 hari hingga 1 bulan.

16. Selepas sijil kematian diperolehi, dokumen tersebut hendaklah dihantar ke Konsulat Malaysia di Jeddah untuk disahkan dan diterjemahkan. Proses ini sangat penting untuk menjadikan dokumen tersebut sahlaku di tanahair untuk prosedur tuntutan pesaka dan lain-lain prosedur seterusnya di tanahair oleh waris arwah. Sijil kematian yang dikembalikan oleh Konsulat akan dikirim kepada ibu pejabat Andalusia Kuala Lumpur.

 

MADINAH


Prosedur di Madinah al Munawarrah sama seperti di Makkah Al-Mukaramah kecuali urusan dokumentasi tidak dilakukan di Jeddah. Cuma melalui pejabat muasassah Al Hussam Co. di Madinah. Jenazah dikuburkan di tanah perkuburan al Baqi bersebelahan dengan Masjid Nabawi.

MAKLUMAT HOSPITAL AWAM DI MAKKAH DAN MADINAH

 

MAKLUMAT HOSPITAL DI MAKKAH DAN MADINAH


 
 

 

 

TENTANG ANDALUSIA

ANDALUSIA Travel & Tours Sdn.Bhd merupakan pengelola jemaah umrah dan haji dengan tawaran pakej harga ekonomi.

attsb google map

HUBUNGI ANDALUSIA

Alamat : 25, 27 & 29, Jalan 1/76C, Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur
Tel: 03-9283 1588  / 03-9285 4530
Faks: 03-9283 7566
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 
WAKTU PEJABAT
Isnin - Jumaat     9 pagi - 6 petang
Sabtu                 9 pagi - 1 tengah hari
 
WAKTU KURSUS UMRAH
Sabtu & Ahad     9 pagi - 1 tengah hari    
 
Jomke FB kami2
You are here: HomeMAKLUMAT AMTATACARAN PENGURUSAN JEMAAH SAKIT & DIALISIS DAN PENGURUSAN JEMAAH MENINGGAL
Scroll to Top